Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berjanji untuk menghantar 14 kereta kebal challenger 2 ke Ukraine, sekali gus menjadikannya negara barat pertama yang membekalkan kereta kebal berat yang diminta Kyiv.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, skuadron 14 kereta kebal challenger 2 akan masuk ke Ukraine dalam beberapa minggu akan datang disertai kira-kira 30 meriam as90 dikendalikan oleh lima penembak dijangka menyusul.